Kuiz Kemerdekaan melalui Quizizz & Taklimat KDB (Berita Palsu)

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kuiz Kemerdekaan melalui Quizizz dan Taklimat KDB (Berita Palsu) ini telah diadakan pada 12 September 2020, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana peserta boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Selepas itu, sesi soalan kuiz berkaitan kemerdekaan Malaysia diadakan dengan tujuan untuk menguji pemahaman para peserta tentang negara Malaysia disamping dapat memupuk dan menyemai semangat cintakan negara dalam diri setiap peserta.

Disamping itu, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik berita palsu turut diadakan bagi mendidik para peserta agar tidak menyebarkan berita palsu. Selain itu, mereka turut diperkenalkan kepada portal sebenarnya.my dimana mereka boleh menyemak kesahihan berita atau maklumat yang diperolehi dari internet. Mereka juga dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak pasti kesahihannya.

Kelas yang berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali